mati itu rahsia..tetapi ianya pasti

Saturday, January 19, 2013

pertemuan disangka part 3

hari hari dijalani...setiap pintu cuba dibuka..namun masih tertutup rapat...semua berjalan seperti biasa...wujud suatu pertelingkahan..wujud satu perasaan curiga..takut..dan mampu melemahkan setiap sendi yang menggerakkan hati dan perasaan....namun dia percaya kepada ketentuan yang telah ditakdirkan untuknya...takdir itu telah disusun olehnya agar dia mampu menerima suratan yang tertulis untuknya...  fatini buntu mencari jalan..suluhan cahaya seperti tertutup untuknya..dia keseorangan memikirkan dan mencari jalan bagi membolehkan dia keluar dari kegelapan itu...namun dia tersedar bahawa..manusia tidak mampu membantunya dikala itu..hanya tuhan sahaja yang mampu membantunya...dia berdoa..dia meminta agar ditunjukkan jalan kepadanya..dan akhirnya sedikit cahaya menjadi petunjuk baginya agar dia dapat keluar dari kegelapan itu...namun...manusia sentiasa dihimpit masalah dan persoalan..apabila dia berjaya keluar dari kegelapan itu..namun dia terjatuh pula ke lembah berduri yang mampu menyiat hati yang selama ini di jaga dan di pelihara..dia ikhlas menyatakan hasrat dan impaannya..akan tetapi perkara yang tidak disangka telah merobek jiwanya...hubungan antara dia dan manusia bernama lelaki menjadi begitu tegang dan nipis dan akhirnya menyebabkan dia terseksa dengan setiap lafaz bicara yang dituturkan kepadanya...setiap tuduhan yang memeritkan baginya...topeng dunia yang tidak ingin dipakainya dan tidak pernah dipakainya dicelakan pada dirinya...namun dia menghadapi dengan tabah menghadapi dengan perasaan redhanya kepada ilahi...dia buntu kerana di dalam hatinya mempunyai pelbagai persoalan yang sentiasa bergoncang bagi mendapatkan kepastiaan...bicara demi bicara dari sang lelaki akhirnya membuka pintu hatinya..membuka jiwanya..membuka segala pintu yang selama ini dia pelihara dan dia jaga dengan sepenuh jiwa...bicara dari seorang lelaki yang tidak tahu mana asalnya..mana datangnya..tetapi mampu membuka pintu yang sangat berharga pada dirinya..lafaz kalimat dilafazkan kepdanya..dan akhirnya jawapan yang mmpu memberi seribu senyuman kepada penerimanya di kurniakan oleh ilahi...dengan terlafaznya kalimat suci itu..maka terjalinlah satu hubungan sebelum terbinanya masjid bagi menyimpan dan berlindung dari segala kesesatan...hubungan yang tidak zahir dimata tetapi hubungan ikatan pertunangan yang hanya mampu dilihat oleh para penghuni langit...moga segala jalan yang akan dilalui fatini menjadi jalan yang harum untuk dilalui dan mmpu memberikan sinar baginya...bersambung 


jika kamu memilih kepada jalan ALLAH,
ALLAH tidak akan membutakan hatimu


1 comment: